SELAMAT DATANG KE BLOG SKPTJU

Jumaat, 5 Februari 2010

SK Parit Ju Menerima Anugerah UPSR 2009

ARKIB : 30/12/2009 (Utusan Malaysia)
178 pelajar PMR, UPSR cemerlang di Parlimen Parit Sulong dirai


Pelajar cemerlang PMR dan UPSR menerima sijil dan wang tunai di Batu Pahat, baru-baru ini.
________________________________________

BATU PAHAT 29 Dis. – Seramai 178 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di kawasan Parlimen Parit Sulong diraikan pada satu majlis di Dewan Pekan Parit Sulong, dekat sini baru-baru ini.
Kesemua pelajar PMR dan UPSR yang masing-masing mendapat 8A dan 5A daripada 28 buah sekolah itu menerima sijil dan wang tunai RM50 seorang.
Majlis penyampaian anugerah anjuran Biro Pelajaran dan Kebajikan UMNO Bahagian Parit Sulong itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Johor, Datuk Ahmad Zahri Jamil dan dihadiri Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad.
Noraini yang juga merupakan Pengerusi Biro Pelajaran dan Kebajikan UMNO Bahagian Parit Sulong berkata, anugerah yang diberikan merupakan galakan kepada pelajar terbabit agar mereka lebih berusaha dan meningkatkan kecemerlangan pada masa akan datang.
Sementara itu Ahmad Zahri berkata, para pelajar cemerlang berkenaan diharap dapat menjadi anak-anak yang akan menyumbang kepada kecemerlangan masyarakat pada masa akan datang sekali gus membawa erti yang besar kepada ibu bapa masing-masing.
Bagaimanapun, pelajar yang gagal mendapat 8A dan 5A dalam PMR dan UPSR tidak bermakna mereka tidak cemerlang tetapi harus diberi motivasi dan galakan yang lebih agar cemerlang pada peperiksaan akan datang.
“Walaupun kecemerlangan ini masih di peringkat awal, tetapi secara tidak langsung ia mampu menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih baik dalam apa juga ilmu atau bidang yang diceburi sekali gus mampu membangunkan institusi kekeluargaan,” katanya.
Pada majlis itu, tiga buah sekolah rendah cemerlang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sejagong, Sri Medan; SK Parit Ju, Parit Sulong dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Hwa Parit Sangit, Semerah turut menerima anugerah..

0 ulasan:

Sukan

Program Transisi Tahun 1 2011

"Magical Template" designed by Blogger Buster