SELAMAT DATANG KE BLOG SKPTJU

Isnin, 30 Ogos 2010

LAWATAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH

Hari ini 30 Ogos 2010 pukul 10.45 pagi Penolong PPD Batu Pahat Bidang Sains Sosial Tuan Haji Othman bin Ismail, Penolong PPD Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Puan Hajah Rodziah dan Puan Siti Muslihat bt Jailani Pegawai Khas Pendidikan Khas PPD Batu telah melawat ke sekolah ini. Lawatan ini bertujuan untuk berjumpa murid-murid tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Mereka telah menyampaikan ucapan dan kata-kata perangsang kepada semua murid tahun 6. Terima kasih kami ucapkan semoga tahun ini SK Parit Ju akan sekali lagi mencapai kejayaan yang cemerlang!

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE 53

Hari ini 30 Ogos 2010 SK Parit Ju telah mengadakan Majlis Sambutan Kemerdekaan kali yang ke 53. Acara dimulakan pada pukul 9.00 pagi. Acara dimulakan dengan bacaan doa, membaca ikrar, pertandingan nyanyian lagu patriotik, pertandingan mewarna, melukis poster, ucapan penutupan, dan penyampaian hadiah. Setiap kelas telah menunjukkan persembahan yang mengkagumkan. Semua guru dan murid sangat gembira. Selamat menyambut kemerdekaan negara yang ke 53. Merdeka....Merdeka....Medeka....

Ahad, 29 Ogos 2010

Cuti Pertengahan Penggal Kedua & Cuti Hari Raya

Cuti Pertengahan Penggal Kedua Tahun 2010 akan bermula mulai 4 September 2010. Cuti Hari Raya aidilfitri dijangka bermula pada hari Jumaat 10 September 2010 dan Sabtu 11 September 2010. Memandangkan ada permintaan daripada ibu bapa dan penjaga untuk menambah cuti Hari Raya 1431 Hijrah ini pihak sekolah telah memohon cuti pada hari Isnin 13 September ( cuti peristiwa - Tidak perlu diganti), 14 September ( cuti berganti - telah diganti pada 14/04/2010), dan 15 September 2010 ( akan diganti pada 28/09/2010). Sementara 16 September adalah cuti Hari Malaysia. Sekolah akan dibuka semula pada Hari Jumaat 17 September 2010. Selamat bercuti dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Sukan

Program Transisi Tahun 1 2011

"Magical Template" designed by Blogger Buster