SELAMAT DATANG KE BLOG SKPTJU

Sabtu, 20 November 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2010

Majlis di atas telah diadakan pada hari Khamis 18 November 2010. Majlis telah dirasmikan oleh En. Mohd Yazi bin Jasman, Pegawai Linus PPD Batu Pahat yang juga merupakan Naib Yang di Pertua PIBG SK Parit Ju. Beliau mengucapkan tahniah kepada kerana SK Parit Ju telah berjaya mengekalkan kejayaan 100% dalam peperiksaan UPSR selama 3 tahun berturut-turut dengan seorang mendapat 5A. Tidak ada sekolah di daerah Batu Pahat yang berjaya mengekalkan kejayaan seperti ini. Malah beberapa sekolah yang cemerlang UPSR tahun lepas, tahun ini jatuh merudum. Oleh itu beliau mengharapkan ibu bapa terus menyokong usaha yang dijalankan oleh guru-guru untuk terus mengekalkan kejayaan ini pada tahun hadapan.

0 ulasan:

Sukan

Program Transisi Tahun 1 2011

"Magical Template" designed by Blogger Buster