SELAMAT DATANG KE BLOG SKPTJU

Jumaat, 28 September 2012

New Deals 2011

SK Parit Ju Parit Sulong Batu Pahat telah berjaya mendapat anugerah New Deal bagi tahun 2011. Tahniah kepada semua guru dan murid. Semoga anugerah ini dapat diteruskan pada tahun 2012 ini.

Sabtu, 3 September 2011

Persaraan Guru Besar

Tn, Hj. Haron bin Marjunid Guru Besar SK Parit Ju telah bersara pada 19 Ogos yang lalu.Majlis Persaraan beliau telah diadakan pada hari Khamis 18 Ogos 2011 bersamaan 18 Ramadan 1432. Majlis telah di adakan tepat jam 8.00 pagi di dewan Seri Intan.Pegawai Pe;ajaran Daesah Batu Pahat Tn. Hj Shapiee bin Hj. Md Sharif. Guru Besar Guru Besar sekolah rendah zon Parit Sulong, Pengerusi PIBG dan AJK turut hadir. Tn Haji Haron mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dan kerjasama semasa beliau menjawat jawatan guru besar dan mengharapkan agar SK Parit Ju akan terus maju ke hadapan dan mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR pada tahun 2011 ini.

Sabtu, 20 November 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2010

Majlis di atas telah diadakan pada hari Khamis 18 November 2010. Majlis telah dirasmikan oleh En. Mohd Yazi bin Jasman, Pegawai Linus PPD Batu Pahat yang juga merupakan Naib Yang di Pertua PIBG SK Parit Ju. Beliau mengucapkan tahniah kepada kerana SK Parit Ju telah berjaya mengekalkan kejayaan 100% dalam peperiksaan UPSR selama 3 tahun berturut-turut dengan seorang mendapat 5A. Tidak ada sekolah di daerah Batu Pahat yang berjaya mengekalkan kejayaan seperti ini. Malah beberapa sekolah yang cemerlang UPSR tahun lepas, tahun ini jatuh merudum. Oleh itu beliau mengharapkan ibu bapa terus menyokong usaha yang dijalankan oleh guru-guru untuk terus mengekalkan kejayaan ini pada tahun hadapan.

Sukan

Program Transisi Tahun 1 2011

"Magical Template" designed by Blogger Buster