SELAMAT DATANG KE BLOG SKPTJU

Sabtu, 20 November 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2010

Majlis di atas telah diadakan pada hari Khamis 18 November 2010. Majlis telah dirasmikan oleh En. Mohd Yazi bin Jasman, Pegawai Linus PPD Batu Pahat yang juga merupakan Naib Yang di Pertua PIBG SK Parit Ju. Beliau mengucapkan tahniah kepada kerana SK Parit Ju telah berjaya mengekalkan kejayaan 100% dalam peperiksaan UPSR selama 3 tahun berturut-turut dengan seorang mendapat 5A. Tidak ada sekolah di daerah Batu Pahat yang berjaya mengekalkan kejayaan seperti ini. Malah beberapa sekolah yang cemerlang UPSR tahun lepas, tahun ini jatuh merudum. Oleh itu beliau mengharapkan ibu bapa terus menyokong usaha yang dijalankan oleh guru-guru untuk terus mengekalkan kejayaan ini pada tahun hadapan.

Jumaat, 12 November 2010

Perkhemahan Jati Diri 2010 SK Parit Ju

Perkhemahan tahunan unit beruniform telah diadakan mulai hari Jumaat 12 November hingga Sabtu 13 November 2010. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti jejak rukun negara, pertandingan rekacipta, pertandingan memasak, pertandingan kebudayaan, dan merentas desa.

SK Parit Ju Mengekalkan Kecemerlangan UPSR

Tahniah diucapkan kepada semua murid tahun enam 2010 kerana berjaya mengekalkan kejayaan 100% pada tahun ini. Ini merupakan tahun ketiga kita berjaya mengekalkan kejayaan 100%. Tahniah kepada adik Nur Syazniza kerana pencapaian 5A. SK Parit Ju telah mendapat anugerah PPD kerana GPS bawah 1.8 dan anugerah lulus 100%. Semoga pada tahun 2011 SK Parit Ju mengekal dan meningkatkan kejayaan terutama pencapaian GPS.

Sukan

Program Transisi Tahun 1 2011

"Magical Template" designed by Blogger Buster