SELAMAT DATANG KE BLOG SKPTJU

Sabtu, 28 November 2009

Majlis Anugerah Kemerlangan UPSR PPD Batu Pahat


Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat telah diadakan pada Hari Jumaat pukul 3 petang di Dewan SK Parit Raja Batu Pahat. Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat Tuan Haji Shapiee bin Haji Mohd Shariff. Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah En. Mohsin bin Ibrahim dan Penolong PPD Tuan Hj. Hassan bin Salleh.

Anugerah diberikan kepada sekolah-sekolah yang berjaya meningkatkan pencapaian kecemerlangan keputusan UPSR pada tahun 2009. Antaranya kategori Sekolah Kurang Murid, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.

SK Parit Ju telah berjaya menerima 4 anugerah bagi kategori Sekolah Kurang Murid iaitu Terbaik Keputusan 100% Lulus, Tertinggi Pencapaian 5A, Terbaik GPS dan Terbaik Bahasa Inggeris. Anugerah disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat, Timbalan PPD dan Penolong PPD.

Semoga SK Parit Ju akan terus mencapai kejayaan pada Tahun 2010.

Hari Anugerah Cemerlang SKPJ 2009


Hari Anugerah Kecenmerlangan Akedemik SK Parit Ju telah diadakan pada Jumaat 20 November 2009 yang lalu. Majlis bermula jam 9.00 pagi. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG SK Parit Ju Encik Sahari bin Masrom. Anugerah kecemerlangan bermula dari kelas Prasekolah hingga ke tahun 6 telah disampaikan oleh Guru Besar, YDP PIBG dan Guru Penolong Kanan.

Anugerah Kecemerlangan UPSR turut disampaikan dalam majlis ini. Pada tahun 2009 ini SK Parit telah berjaya mengekalkan keputusan yang cemerlang dengan kelulusan 100%. 2 orang murid telah berjaya mendapat 5A iaitu Mohd Amirul Fiqrei bin Mohd Yazi dan Natasha Hanani bt Hairudin. Tahniah kepada mereka berdua!

Sabtu, 21 November 2009

PERKHEMAHAN 1 MALAYSIA SK PARIT JU






Program Perkhemahan 1 Malaysia Peringkat Sekolah telah diadakan pada 13 dan 14 November tahun 2009.

Antara pengisian program adalah program keagamaan seperti sembahyang berjemaah dan takzirah serta kursus peyembelihan ayam secara praktikal. 20 ekor ayam telah dibeli untuk tujuan ini. Selain itu diadakan kursus PBSM, Pengakap dan Puteri Islam.

Pada pagi Sabtu 14 November diadakan acara jungle tracking. Acara ini dilancarkan oleh Ketua Belia 4B Cawangan Parit Sulong.

Acara penutupan rasmi dan penyampaian cenderamata kepada pemenang pertandingan telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Parit Ju Hj Haron bin Marjunit.

Isnin, 16 November 2009

SUKAN SKPJ TAHUN 2009






Kejohanan Sukan dan Olahraga SK Parit Ju Kali ke 2 telah berjaya diadakan pada 7 dan 8 November 2009. Acara saringan telah diadakan pada hari Rabu 7 November dan acara akhir telah diadakan pada 8 November 2009.Walaupun keadaan cuaca hujan renyai tetapi ini tidak menghalang para peserta untuk bertanding dengan penuh semangat.

Pihak sekolah juga telah menjemput SK Li Chun untuk turut serta dalam acara Lari berganti 4 x 100 meter lelaki dan perempuan bawah 12 tahun.

Acara penyampaian hadiah kejohanan ini telah disampaikan oleh Guru Besar SK Parit Ju, Wakil GB SJK Li Chun dan GPK SK Parit Ju.

Sukan

Program Transisi Tahun 1 2011

"Magical Template" designed by Blogger Buster