SELAMAT DATANG KE BLOG SKPTJU

Sabtu, 28 November 2009

Majlis Anugerah Kemerlangan UPSR PPD Batu Pahat


Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat telah diadakan pada Hari Jumaat pukul 3 petang di Dewan SK Parit Raja Batu Pahat. Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat Tuan Haji Shapiee bin Haji Mohd Shariff. Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah En. Mohsin bin Ibrahim dan Penolong PPD Tuan Hj. Hassan bin Salleh.

Anugerah diberikan kepada sekolah-sekolah yang berjaya meningkatkan pencapaian kecemerlangan keputusan UPSR pada tahun 2009. Antaranya kategori Sekolah Kurang Murid, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.

SK Parit Ju telah berjaya menerima 4 anugerah bagi kategori Sekolah Kurang Murid iaitu Terbaik Keputusan 100% Lulus, Tertinggi Pencapaian 5A, Terbaik GPS dan Terbaik Bahasa Inggeris. Anugerah disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat, Timbalan PPD dan Penolong PPD.

Semoga SK Parit Ju akan terus mencapai kejayaan pada Tahun 2010.

Hari Anugerah Cemerlang SKPJ 2009


Hari Anugerah Kecenmerlangan Akedemik SK Parit Ju telah diadakan pada Jumaat 20 November 2009 yang lalu. Majlis bermula jam 9.00 pagi. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG SK Parit Ju Encik Sahari bin Masrom. Anugerah kecemerlangan bermula dari kelas Prasekolah hingga ke tahun 6 telah disampaikan oleh Guru Besar, YDP PIBG dan Guru Penolong Kanan.

Anugerah Kecemerlangan UPSR turut disampaikan dalam majlis ini. Pada tahun 2009 ini SK Parit telah berjaya mengekalkan keputusan yang cemerlang dengan kelulusan 100%. 2 orang murid telah berjaya mendapat 5A iaitu Mohd Amirul Fiqrei bin Mohd Yazi dan Natasha Hanani bt Hairudin. Tahniah kepada mereka berdua!

Sabtu, 21 November 2009

PERKHEMAHAN 1 MALAYSIA SK PARIT JU






Program Perkhemahan 1 Malaysia Peringkat Sekolah telah diadakan pada 13 dan 14 November tahun 2009.

Antara pengisian program adalah program keagamaan seperti sembahyang berjemaah dan takzirah serta kursus peyembelihan ayam secara praktikal. 20 ekor ayam telah dibeli untuk tujuan ini. Selain itu diadakan kursus PBSM, Pengakap dan Puteri Islam.

Pada pagi Sabtu 14 November diadakan acara jungle tracking. Acara ini dilancarkan oleh Ketua Belia 4B Cawangan Parit Sulong.

Acara penutupan rasmi dan penyampaian cenderamata kepada pemenang pertandingan telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Parit Ju Hj Haron bin Marjunit.

Isnin, 16 November 2009

SUKAN SKPJ TAHUN 2009






Kejohanan Sukan dan Olahraga SK Parit Ju Kali ke 2 telah berjaya diadakan pada 7 dan 8 November 2009. Acara saringan telah diadakan pada hari Rabu 7 November dan acara akhir telah diadakan pada 8 November 2009.Walaupun keadaan cuaca hujan renyai tetapi ini tidak menghalang para peserta untuk bertanding dengan penuh semangat.

Pihak sekolah juga telah menjemput SK Li Chun untuk turut serta dalam acara Lari berganti 4 x 100 meter lelaki dan perempuan bawah 12 tahun.

Acara penyampaian hadiah kejohanan ini telah disampaikan oleh Guru Besar SK Parit Ju, Wakil GB SJK Li Chun dan GPK SK Parit Ju.

Rabu, 18 Februari 2009

Sukses Dalam Cabaran

1. Kembangkan sikap positif. Minat terhadap apa yang anda lakukan.
2. Tingkatkan pengetahuan dan ketrampilan. Mengamalkan pengetahuan
3. Kembangkan keinginan untuk unggul. Berusaha melakukan yang terbaik.
4. Bekerja berdasarkan jadual. Patuhi jadual anda sendiri. Mulakan dengan sesuatu yang baik, kemudian bergerak dengan suatu kecepatan yang teratur dan mantap dan akhirinya dengan sasaran menuju garisan penamat.
5. Menetapkan keutamaan. Agak sukar melakukan banyak kerja dalam satu masa. Jadi, lakukan mengikut keutamaan.
6. Menetapkan matlamat / sasaran yang kuat. Ia akan menjadi pendorong tindakan anda.
7. Mencipta lingkungan / persekitaran yang membantu. akan memudahkan anda mencapai matlamat anda.
8. Berjuang mencapai kesempurnaan walaupun dalam perkara-perkara kecil. Hal-hal kecil dan remeh boleh menyebabkan anda tersasar daripada matlamat anda.
9. Mengetahu gambaran keseluruhan - bukan hanya sebahagian. Menjadi panduan melaksanakan tindakan-tindakan anda.
10. Mengguna sebanyak mungkin pancaindera anda. Meningkatkan keberkesanan dan laluan pantas menuju matlamat.
11. Selalu menguji diri anda. Kembalikan diri ke laluan sebenar jika telah tersasar.
12. Kembangkan daya konsentrasi. Fokus terhadap apa yang dilakukan akan mengelakkan anda tersasar dan melambatkan pencapaian matlamat.
13. Setiap orang dapat melakukannya jika bersedia mengorbankan waktu dan usaha untuk sesuatu hal itu.

Hadapi cabaran anda!!! Moga terus sukses!

Bagaimana Mendapat Kejayaan Cemerlang

Tips mendapat kejayaan cemerlang:

1. Kejayaan bermula dari fikiran anda
2. Selalulah berfikir tentang kejayaan
3. Berfikir secara POSITIF
4. Bergaul dengan orang-orang yang positif
5. Sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan
6. Mempunyai matlamat hidup - TEPAT dan TETAP
7. Sanggup hadapi apa saja CABARAN
8. Mempunyai KESUNGGUHAN dan MINAT yang mendalam
9. Jangan tamak - mahu menguasai semua perkara dalam sesuatu masa
10. Menyintai matlamat anda
11. Percaya akan berjaya mencapai matlamat
12. Rahsiakan matlamat anda
13. Belajar dari orang-orang yang berjaya
14. Mencari banyak pengetahuan
15. BERTINDAK untuk mencapai kejayaan
16. Bertindak SEGERA
17. Tentukan waktu pencapaian matlamat
18. Gol besar - puncak kejayaan. Gol kecil - kejayaan-kejayaan kecil sebelum kejayaan besar
19. Perancangan - rancang cara-cara mencapai kejayaan
20. Setiap hari tingkatkan dan semakin dekatkan diri kepada kejayaan
21. Nilai pencapaian semasa anda
22. Bina imej diri cemerlang
23. Pakaian - bersih dan kemas - seperti orang-orang yang berjaya
24. Jangan cakap besar, tapi berfikir besar
25. Jujur dan amanah
26. Sentiasa berdoa kepada Allah. Doa seiring keimanan dan amalan
27. Cari tempat sunyi dan selesa - capai taraf rehat paling tinggi - masukan fikiran-fikiran baru

SELAMAT BERJAYA CEMERLANG!!!

Moga Kejayaan Sentiasa Mendampingi Kita

Baca, hayati dan amalkan kata-kata motivasi berikut. Moga kejayaan sentiasa mendampingi kita.

Saya sentiasa memikirkan tentang kejayaan kerana itu saya berjaya dalam hidup. Saya berfikiran positif, kerana itu saya positif dan kejayaan sentiasa menjadi milik saya. Saya bergaul dengan orang-orang positif kerana itu saya sentiasa erfikiran positif. Kawan-kawan saya sentiasa memberikan motivasi dan dorongan positif kepada saya.

Saya mempunyai matlamat hidup dan saya percaya boleh mencapainya. Matlamat saya tetap dan tepat kerana itu saya boleh mencapainya. Saya mempunyai kesungguhan yang luarbiasa kerana itu saya boleh mencapai matlamat saya. Setiap hari saya mengambarkan matlamat saya dan mengambarkannya telah tercapai. Saya menyintai matlamat saya sepenuh hati. Matlamat saya adalah milik saya. Saya mempunyai idea-idea yang baik untuk matlamat saya. Saya sentiasa berusaha mencapai matlamat saya.

Saya mempunyai minat yang mendalam kerana itu saya sentiasa bersungguh-sungguh. Setiap hari saya semakin pandai dan berpengetahuan. Saya sentiasa mempunyai masa untuk menambahkan pengetahuan. Semakin saya berpengetahuan, semakin saya dahagakan pengetahuan.

Saya bertindak segera. Saya bersedia mengambil risiko. Saya mempunyai imej kejayaan. Saya berpakaian seperti orang berjaya.

Saya jujur, amanah dan boleh dipercayai.

Setiap hari saya semakin berjaya. Kejayaan sentiasa mendampingi saya. InsyaAllah kejayaan cemerlang akan menjadi milik saya.

Kegagalan Adalah Jalan Kejayaan

Kegagalan bukan bererti anda gagal
Tetapi anda belum berjaya.
Kegagalan bukan bererti anda tidak mencapai apa-apa
Tetapi anda sudah mempelajari sesuatu.
Kegagalan bukan bererti anda tidak akan berjaya
Tetapi memerlukankan kesabaran.
Kegagalan bukan bererti anda sudah berakhir
Tetapi anda masih memiliki peluang untuk memulainya kembali,
dan berusaha mencari sesuatu yang baru.
Kegagalan bukan bererti Tuhan sudah meninggalkan anda.
Tetapi Dia mempunyai rencana yang lebih baik.
Jadi benar, bahawa kegagalan tidak akan pernah berakhir!

(Dr. Robert Schuller)



Sekeping Hati Dibawa Berlari
Jauh Melalui Jalan Yang Sepi
Jalan Kebenaran Indah Terbentang
Didepan Matamu Para Pejuang

Tapi Jalan Kebenaran
Tak Akan Selamanya Sunyi
Ada Ujian Yang Datang Melanda
Ada Perangkap Manunggu Mangsa

Akan Kuatkah Kaki Yang Melangkah
Bila Disapa Duri Yang Menanti
Akan Kaburkah Mata Yang Meratap
Pada Debu Yang Pastikan Hinggap

Mengharap Senang Dalam Berjuang
Bagai Merindu Rembulan Ditengah Siang
Jalannya Tak Seindah Sentuhan Mata
Pangkalnya Jauh, Hujungnya Belum Tiba

Sukan

Program Transisi Tahun 1 2011

"Magical Template" designed by Blogger Buster